Monday, July 4, 2011

Special Entry on Norma (adik Moon) - Stage 4 brain cancer patient.

ila tau blog ila ni tak la ramai sgt reader, tp ila nak share juga pasal Norma ni..Norma ni adik ipar Moon (kawan baik ila). ila kena Moon dah lama, dari zaman belum kahwin lagi. sekarang Moon dan keluarga dalam kesusahan. Moon dan keluarga ni baik2 org nya, bukan jenis suka meminta2 tp skrg ni walaupun segan Moon dan keluarga perlukan bantuan.



gambar pengantin tu gambar Norma and Talib tahun lepas...Besar betul ujian mereka berdua ni...celebrate 1st Anniversary di hospital masa Norma dah terlantar sakit. Norma skrg diagnosed with Brain Cancer Stage 4. Those yang nak baca detail tentang Norma blog visit blog Moon (http://miera301.blogspot.com/). Mungkin ila dah terlambat nak update and blog pasal ni sbb sure ramai dah tau, takde masa plus tak leh nak log in kat blogspot. tp takpe la kan walaupun lambat mungkin ada org tak tau lagi pasal ni.
ila tak pandai nak cerita sebenarnya tp memang sedih sgt sgt tentang penderitaan Norma dan Talib ni. norma and Talib baru je kahwin last year. lepas kahwin norma terus pregnant, sepanjang setahun berkahwin Norma duduk di Pontian sebab dia mengajar di Sekolah di Pontian, while Talib pulak bekerja di Jusco Balakong (btw, Talib ni kebetulan staff adik ipar ila).

siapa sangka kan Norma yang sihat dan merupakan cikgu terus sakit kritikal lepas bersalin baby Rafiq, Norma kena sakit kepala yang teruk sgt. Moon cerita masa tu Norma rasa dia nak hantuk hantuk kan kepala dia ke dinding sebab tak tahan sakit. masa tu norma duduk rumah Moon and Sutan. Alhamdulillah Norma dapat keluarga mertua yang penyanyang dan ambil berat. Kesian pada baby Rafiq jugak, tak pernah dapat rasa belaian dan susu ibu sendiri. Org lain biasanya kalau baru dpt first baby tentu tgh happy, memang berbeza dgn nasib Norma dan Talib, tp tu ler kan ujian Allah SWT ni kita tak boleh nak sangkal, pasti ada kihmah di sebaliknya.






after few days, Mama Sutan bawa Normapergi Hospital Putrajaya...memula takde sesiapa sangka yg Norma kena brain cancer. tp after series of test, it is positive yang Norma ada brain tumor. Lepas tu Norma dipindah kan ke Hospital KL.

Dah 5 kali Norma kena operate tapi nampaknya tumor Norma makin membesar and according to doctor cancer Norma ni aggressive. Moon ckp Norma dah Cancer Stage 4. Doktor semua dah surrender dan mintak bawa Norma balik ke rumah. Tapi Talib sebagai suami takkan nak menyerah macam tu aje. Macam tu jugak Moon and ahli keluarga yang lain. Kena la terus berusaha dan berdoa, mana tau kan kalau Allah SWT perkenan doa mereka dan jumpa cara perubatan yang sesuai mungkin ada jalan untuk menyembuhkan Norma.




Tangan Norma yang lebam lebam tu bekas kena cucuk byk sgt...

Sekarang mereka sekeluarga memerlukan bantuan kewangan, iye la walaupun untuk rawatan alternatif, tetap memerlukan belanja yang tinggi. Norma cuma mampu berbaring jadi kalau nak dibawa berubat ke mana mana, Norma perlu naik ambulance. Kos ambulance, kos pampers, susu Norma... itu tak termasuk kos untuk baby Rafiq. Walaupun Talib ni bekerja tp semenjak Norma sakit, Talib jarang dpt kerja penuh.

baru baru ni ila ada lancarkan tabung amal cake untuk norma kat FB, Alhamdulillah dapat sambutan. skrg ni masih ada permintaan tentang jualan amal ni tp sbb ila kesuntukan masa ila tak dpt buat. tp adik ila Marina yang jual kek and macaroon pun sedang plan untuk buat jualan amal ni. nanti kalau ada ila announce kat sini ye.





Semoga Allah SWT akan permudahkan kehidupan mereka berdua ni. iyela kan dugaan org lain2, ini masa mereka, masa kita tak tau bila. jadi kalau ada yang diluar sana sudi nak bg sumbangan, tak kisah la RM5 ke or seberapa ikhlas boleh la contribute terus ke akaun





cimb norma 01070068677528 (MUNIRAH301@YAHOO.COM)Dan harap kita dapat la sama sama berdoa semoga masih ada peluang untuk Talib dan Norma sama sama membesarkan baby Rafiq...Terima kasih semua.

9 comments:

CNK said...

allahuakbar.. Besarnya ujian mereka.. saya doakan semoga puan norma kembali sihat.. dan sentiasa dibawah lindungan Allah...

Miss Moon said...

thanks ila for this special entry ...

moga usaha kiter ini deberkati Allah

many many thanks to u and poek n ur mother n your siblings

Mahfuzah Azahari said...

i've gone thru this experience...losing my sister 12 years ago, same cancer...selagi norma masih boleh buka mata, kita kena terus ikhtiar..Moon..be strong for her family ya...

aisymonz said...

salam, semoga talib sekeluarga tabah menghadapi ujian besar drpd Allah swt ini. sesungguhnya Allah maha adil..bersabarlah ada hikmah di atas segalanya. saya sungguh tersentuh dgn ape yg dipaparkan. sy nak tnye bagaimana sy nk order kek ni ye? n xkesah kan kek yg mane2 pon.

ila de cute said...

CNK, itu ler besar betul dugaan mereka...

Moon, What friends are for kan?? u take vare and be strong dear.

Kak Muffy, betul selagi Norma masih ada, we shouldnt stop usaha and tawakal.

aisymonz, maaf dear bukan i x nak buat jualan amal lagi, tp i kesuntukan masa. tapi takpe u boleh donate direct ke akaun cimb norma. tq

AmarDham said...

im so sad reading this. moga Allah s.w.t memberi kekuatan kepada mereka berdua serta keluarga... saya yang membaca nie pun nak sangat2 Norma sihat, and dapat hidup bahagia dengan Talib serta jaga baby diorang... apatah lagi talib serta ahli keluarga mereka... i hope norma will keep fighting this!

Ummi Salsabila said...

Sungguh berat Allah uji mereka.berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Semoga mereka terus tabah.

miezaniera said...

Ya Allah..besarnya dugaan mereka. moga Allah kurniakan mereka semua ketabahan hati dan keteguhan iman. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya...

MissAz said...

Subhanallah..besarnya dugaanMu Ya Rabb..Menitis air mata baca cerita akak..
Semoga terus tabah dan kuat semangat..InsyaAllah, setiap penyakit itu ada penawarnya..kita hamba yg lemah perlu berusaha dan mencari..^_^