Wednesday, November 3, 2010

Pricelist and How to Order

Hi semua!!!


disebabkan ramai juga yang dah mula bertanya tentang harga, so ila publish kat sini ye...tapi apa2 pun we welcome customer untuk discuss dgn kami, samada mengenai design dan harga cake/cupcakes...

At first ila ingat tak nak publish di sini tentang struktur harga, hehehe bukan apa risau jugak kalau org mula nengok price list macam ni org ingat kek mahal tp bukan la macam tu ye... tp ianya sebagai guideline macamana sesebuah kek tu di charge harganya... harga sebiji cake atau cupcakes tu bukan bergantung kepada barang mentah sahaja tp juga bergantung pada berapa lama masa diperlukan untuk menyiapkan kek tersebut, berapa rumit design tersebut... ada org pernah cakap pada kami "alaa gula dan tepung bukan nya mahal sgt"...betul gula dan tepung tak la mahal sgt, tp ada bahan2 lain juga, masa yang digunakan dan kretiviti dan seni itu sendiri...


Semua kek yang ditempah di sini semuanya adalah custome made dan hand made…setiap cake yg kami buat adalah satu seni...its always a masterpiece... harap2 u all dapat terima penjelasan ni dengan terbuka ye... maaf kalau ada yang berpendapat cake kami ni kurang cantik dan ada kekurangan…maklumlah baker and designer amatur… hehehe

Cake yang dipesan juga berdasarkan tempahan maka semua nya fresh dan InsyaAllah boleh tahan untuk selama 3 hari.

Customer boleh pilih kek samada bentuk bulat atau segi empat…ada juga rectangle tp disebabkan saya kekurangan loyang berbentuk rectangle maka recommend nya bentuk square kalau yang suka bentuk petak instead of bulat.

Untuk kek yang selain dari bentuk ini (ie cth mcm kek thomas yang kami pernah buat, atau bentuk set hantaran manchester...semua nya tak termasuk seperti senarai di bawah...harap dapat berbincang dengan kami sekiranya pelanggan berminat nak tempah kek seperti itu)

Buat masa ini ada 3 jenis pilihan flavor cake sahaja :-
1) Chocolate Moist cake
2) Vanilla Butter Cake
3) Rainbow cake

Hehehe tapi ada di dalam perancangan untuk menambah flavor cake..rasanya untuk jangka masa terdekat akan introduce Red Velvet Cake…

Disebabkan kami tak jual mengikut berapa berat (kg) kek, kami kira ikut berapa adunan/recipe kek tersebut. Harga cake juga berbeza-beza dan bergantung kepada saiz (bergantung kepada berapa adunan kek nya) dan design nya… Basic harga adalah seperti berikut.

A. Topping with Buttercream Icing or Chocolate Ganache
1 recipe cake – price start from RM50. Final price depends on the final design.
2 recipes cake – price start from RM 90. Final price depends on the final design.
3 recipes cake - price start from RM 130. Final price depends on the final design.

Kalau yang harga paling rendah ni maknanya design nya Cuma setakat ada tulisan “Happy Birthday” or etc.


B. Fondant Topping

1 recipe cake – price start from RM100. Final price depends on the final design.
2 recipes cake – price start from RM 180. Final price depends on the final design.
3 recipes cake - price start from RM 250. Final price depends on the final design.

Kalau yang harga paling rendah ni maknanya design nya Cuma setakat ada tulisan (in fondant) “Happy Birthday” or etc.


C. Cupcakes with buttercream icing
1) 16 pcs cupcakes with name, ucapan dan simple gambar (ie flower and butterfly), price start from RM40.
2) 16 pcs cupcakes with name, ucapan dan cartoon character or complicated theme (ie manchester), price start from RM60.
3) 25 pcs cupcakes with name, ucapan dan simple gambar (ie flower and butterfly), price start from RM60.
4) 25 pcs cupcakes with name, ucapan dan cartoon character or complicated theme (ie manchester), price start from RM80.

D. Cupcakes with Fondant Topping
1) 16 pcs cupcakes with name, ucapan dan simple gambar (ie flower and butterfly), price start from RM 90.
2) 16 pcs cupcakes with name, ucapan dan custom design (ie car and camera), price start from RM125.


All final price of cakes and cupcakes will depends on final design.


Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh la hantar email pada kami ye, sedaya upaya memang ila akan cuba reply semua emails…tapi kadang kadang ada email yg customer dah hantar tapi ila tak terima, jadi kalau boleh hantar la email pada both addresses ye J.


HOW TO ORDER


  1. Pesanan atau pertanyaan boleh melalui:- Email : marsilas@yahoo.com & marsila@tmnet.com.my
  2. Pesanan dengan menyertakan information di bawah ini:-
  • Nama
  • No telefon
  • Tarikh untuk collect cake
  • Keterangan/description on design

Tidak ada time limit bila cake patut di tempah Cuma ianya bergantung kepada jadual kami, hehehe maklumla business part time. Jadi kalau boleh buat tempahan awal ye.

Buat masa ini kami tidak ada perkhidmatan delivery kecuali special request dari customer with minimal charges dan juga bergantung kepada jadual kami.
Harga ini berkuatkuasa sehingga diberitahu kelak... dari semasa ke semasa kami mungkin akan mengubah harga atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan seprti kenaikan harga bahan mentah.
Thanks in advance ye semua ... :)

No comments: